Seringkali
kita perhatikan, ramai orang yang menyebarkan maklumat semua secara
bebas di laman-laman internet seperti blog dan Facebook.
Maklumat-maklumat ini mudah tersebar dari seorang ke orang yang lain
memandangkan kemudahan berkongsi maklumat hanya dengan satu klik atau
satu butang. Sebagai pengguna yang bijak kita harus tahu etika-etika
untuk menulis dan berkongsi supaya gejala penyebaran maklumat tidak
membawa kepada impak negatif. Berikut adalah sedikit panduan bagaimana
untuk menulis dan berkongsi maklumat di internet;
Selalunya
ramai penulis menjadikan blog mereka sebagai diari online untuk mereka
menulis apa yang telah mereka lalui. Sebaik-baiknya, jangan menulis
perkara-perkara yang terlalu emosi seperti memaki-hamun, marah dan
kecewa. Ada juga yang suka melepaskan perasaan di wall Facebook.
Seelok-eloknya tuliskan status yang memberi kebaikan agar orang lain
tidak perlu membaca perkara-perkara yang negatif. Jika anda berniaga
menggunakan Facebook, status negatif sebegitu akan menjatuhkan
kreadibiliti anda sebagai seorang usahawan.
- Jangan sebarkan maklumat palsu
Sangat
menyedihkan kerana sering berlaku pengguna internet menyebarkan
maklumat yang palsu. Contohnya gossip-gossip artis atau politik yang
kita tidak tahu sejauh mana kebenarannya. Elakkan berkongsi maklumat
yang anda tidak pasti kesahihannya. Contoh telah banyak berlaku seperti
orang yang sakit dikhabarkan telah meninggal dunia sedangkan orang itu
masih hidup. Perkara sebegini akan menimbulkan rasa marah dan sedih
kepada keluarga dan diri mangsa sendiri.
- Jangan mudah percaya sesuatu maklumat
Satu
lagi perkongsian yang selalu berlaku adalah maklumat-maklumat yang
menyatakan halal-haram atau sah-tidak sah, boleh-tidak boleh dan
sebagainya. Di Facebook contohnya, mudah berkongsi maklumat yang
menyatakan produk ini tidak halal atau artis ini telah mengandung luar
nikah. Mempercayai sesuatu maklumat tanpa membuat kajian dan siasatan
akan menyebabkan berita palsu mudah disampaikan kepada semua orang. Oleh
itu sebelum berkongsi maklumat, kaji dulu kebenaran maklumat tersebut.
- Jangan menjatuhkan reputasi orang lain
Penulisan
anda juga mestilah telus. Jangan menulis atau berkongsi maklumat yang
boleh menjatuhkan reputasi orang lain. Contohnya memburukkan perniagaan
atau melakukan sindiran yang memburukkan seseorang individu atau
syarikat. Penulisan anda juga tidak perlu menyakiti hati orang lain
dengan terus menyebut nama mereka tanpa berlindung. Elakkan berkongsi
perkara-perkara yang sensitif seperti masalah rumah tangga dan keluarga.
Panduan
ini adalah untuk semua dan peringatan untuk diri penulis sendiri.
Biarlah apa yang kita kongsikan dalam internet memberikan kebaikan
kepada semua dan bukannya memberikan impak negatif. Teruskan menulis dan
berkongsi maklumat dengan penuh etika. Insya Allah masyarakat akan
turut menjadi positif.
Sumber : Etika menulis di dunia internet